Kadar tol empat lebuh raya di bawah kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) diturunkan antara lapan dan 15 peratus bermula 12.01 tengah malam Khamis, 20 Oktober.<br /><br />Pengurangan ini membabitkan kenderaan kelas satu seperti kereta penumpang dan tiga atau empat roda, kelas empat iaitu teksi dan kelas lima (bas).
